Pengenalan E-Sukan Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur
10 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Januari 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Pengenalan E-Sukan Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Pembelajaran kali ini memberi gambaran kepada peserta mengenai perkembangan e-Sukan. Pada masa lalu, e-Sukan merupakan permainan video secara kompetitif yang pada asalnya bermula sebagai hobi dan aktiviti riadah untuk hiburan. Bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan internet, e-Sukan telah berkembang menjadi satu bidang yang berstruktur dan diiktiraf secara profesional. Pada masa kini, e-sukan bukan sahaja melibatkan kejohanan dan liga bertaraf antarabangsa, tetapi turut mendapat pengiktirafan di institusi pendidikan serta membuka peluang kerjaya dalam industri tersebut. Secara keseluruhannya, e-Sukan mencerminkan perubahan daripada hobi santai kepada satu program kompetitif yang tersusun dan berpotensi tinggi dalam dunia moden.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: